Isnin, Oktober 20

pengalaman bersalin_part 1

salam..ok, mak kerajinan nak update blog hari ni sementara si kecik tu tgh kekenyangan & kenyenyakan tidur..hehe..bersilat jugaklah tadi nak tidurkan dia, asyik nak mengempeng je..dah tidur, letak je kat tilam terus terjaga & mencari lagi nak menyonyot..huhu

ok, meh nak share sikit pengalaman masa bersalin hari tu..
masuk minggu ke 39, aku dah mula risau sebab si kecik ni takde lagi tanda2 nak keluar..berkalilah mak dia ni ajak si bapaknya jalan2 kat shopping mall..kononnya nak banyak berjalan, cepat sikit jalan tu bukakkan..tapi nan hado jugak..baby selesa sangat dalam tu..

hari sabtu petang (27sept), nekad sorang2 nak mendaki tangga dekat rumah ni,,duduk apartment tingkat 9 tapi mendaki setakat dari tingkat 9 ke tingkat 11 je..hikhikhik
beriya cakap dengan mirul, last2 naik 2 tingkat je..mengahhh..haha..lagipun bosan sebab sorang2, amirul kerja pulak sabtu tu..keluar rumah tutup kipas, mendaki tangga, masuk rumah kipas pon tak habis berhenti pusing lagi..heee

malam tu pulak, pinggang mmg rasa tak selesa..tapi tu bukan pertama kali rasa mcm tu, dah berkali tapi hati mcm tak berapa sedap pulak..malas nak layan perasaan, malam tu masuk tidur awal.

28sespt, sabtu pagi dalam pukul 5 terjaga sebab perut rasa memulas dan pinggang rasa sengal2..time tu fikir cirit birit je, tak fikir pon pasal contruction..
6.30 pagi suami kejut,dia nak pergi kerja dan aku sempat bagitau yang pinggang aku dah rasa sakit lain macam..konon bagi hint lah, kot2 bini dia ni dah nak beranakkan..hehe

8 pagi, perut masih rasa memulas dan pinggang juga rasa sengal2 macam kena senggugut..time mandi perasan ada lendir yang bercampur darah..mula2 darah tu cuma berwarna coklat dan bila aku kencing, ada lagi lendir dan darah yang berwarna merah..tapi tak banyak..

lepas mandi, terus call mak dan mintak pendapat samada nak terus ke hosp atau tunggu dulu sebab rasa sakit masih biasa2..then decide nak pergi lepas zohor atau bila sakit semakin kuat..then call amirul pulak, minta dia half day
tapi lepas tu call dia balik mintak terus balik sebab rasa tak sedap hati..keadaan diri masa tu masih terkawal cuma rasa tak selesa dan tak tentu arah..dan sakit contruction tu pulak semakin kerap..
sementara tunggu amirul balik, sempatlah sarapan, basuh & ampai baju dulu..

disebabkan sakit yang semakin kerap dan lendir campur darah tu masih ada, terus kami bersiap dan ke hospital putrajaya..
11.30 pagi, terus ke labor room, register dan masuk ke bilik saringan utk pantau contruction..time ni keadaan aku masih ok, mampu lagi tahan sakit sebab rasa mcm senggugut je kan..
doktor tengok contruction yang makin kerap, antara 2-10 minit sekali, terus seluk untuk cek bukaan..orang kata seluk tu akan rasa sakit tapi aku tak pulak..hihi..entah, mungkin tak fikir sangat kot..lepas seluk, doktor kata bukaan masih 0..terus mcm down sebab sakit dah kerap tapi kenapa jalan masih tak bukak..masa tu dah macam2 benda -ve melintas kat kepala ni..huhu

doktor bagi 2 pilihan samada nak balik (perlu sign borang risiko) atau dimasukkan ke wad..katanya utk kes aku ni, dorang mmg minta kita masuk wad untuk dipantau 24jam dan bila contruction tu berkurangan, aku akan discharge.dan tanpa tanya dengan amirul, aku terus decide untuk masuk wad..aku fikir, kot apa2 jadi kat rumah nanti, susah pulak kan..

12tgh, lunch dulu di hospital sementara tunggu ambulan utk hantar aku ke hospital bersalin berisiko rendah di presint 8..biasalah, hospital putrajaya sentiasalah penuh..penuh dengan orang luar, sampaikan kami yang duduk di putrajaya ni dihantar ke hospital lain (HKL, kajang dll) tapi nasib aku baik, hospital di presint 8 tu still banyak wad kosong..walaupun aku dimasukkan ke wad di presint 8 tapi masa bersalin, akan dihantar ke hospital sebab hospital presint 8 hanya untuk mereka yang melahirkan anak kedua dan keatas serta secara normal..

2.30 ptg, dihantar ke hospital bersalin presint 8 dengan ambulan.
dapat je wad, terus ditinggalkan bersendirian sebab suami tak boleh teman..tukar baju, terus baring dengan kesedihan sebab kena tinggal sorang2..hehehe


orang tak sakit naik ambulan, suami pulak follow dari belakang..hehe



4.30 ptg, amirul datang dengan family aku dari seremban..kononnya mak nak temankan aku kat wad tapi tak boleh jugak..huhu..masa ni duduk di taman depan wad dengan niat nak berjalan2 lah tapi tak jugak sebab sakit tu dah kerap datang..nanti bila datang je, mulalah tak tentu arah..sampaikan anak buah aku cakap aku ni berjoget ke..haha..yela, sakit datang je mulalah kaki pinggang sume aku gerak2 kan..hihi..habis je waktu melawat, mulalah sedih balik sebab kena tinggal sorang lagi..amirul pujuk, kononnya satu malam je, esok dah boleh balik..siap dalam kepala dah plan, esok discharge, nak pergi alamanda jalan2 ,makan sedap2 tapi tak kesampaian.hehehhehehehe


8 mlm, dinner & sakit contruction makin kerap dan kuat..nurse yang datang pantau kata contruction masih biasa tapi bagi aku dah kuat..so redhooo jelahkan..malam tu menahan sakit sampailah subuh keesokannya..huhuhuhuhu


bersambung.......



.. myrah ..

3 ulasan:

cik mah berkata...

Wah...merasa lah kan naik ambulans...xsbr nk tunggu next..

khadijah berkata...

Myrah dah bersalin . tahniah dear. Selamat menjadi mama ♡

myrah berkata...

thankyou cikmah & dijah :)